Tuesday, November 17, 2009

Ummi bertolak pergi ke Tanah Suci

Pada tanggal 13hb November 2009 baru-baru ini, ana dan seluruh family berangkat ke Kompleks Tabung Haji, di Kelana Jaya untuk menghantar ummi tercinta ke Tanah Suci. Ummi adalah diantara salah seorang daripada jemaah haji yang terpilih menunaikan ibadah haji di Baitulharam.. Sebagai seorang anak, ana amat bersyukur sekali kerana ummi sempat menjejaki kakinya ke sana atas tujuan untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-5 itu..

Kami memulakan perjalanan pada jam 3ptg, dimana selepas solat jumaat. Keluarga ana menjemput seorang Imam Masjid Kg Simpang, Merlimau yakni sedara ummi untuk mengetuai bacaan doa & laungan azan.. Ketika laungan azan berkemundang, hati masing2 menjadi sebak. Sebahagian yang berada di rumah atuk ketika itu menitiskan air mata..

Imam sedang melaungkan azan

Setelah bersalaman dengan sedara mara yang hadir ketika itu, kami melangkah masuk ke dalam kereta dan terus beredar meninggalkan rumah atuk. 3 buah kereta mengiringi Ummi ke destinasi yang ingin ditujui.. Lebih kurang jam 6ptg kami tiba di perkarangan Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Kami berkumpul sambil berehat di tempat menunggu yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.

Family ana berkumpul di Tempat Menunggu untuk Jemaah2 Haji


Ummi sedang menulis nama pada name tag yang diberikan


Name tag Ummi


Hampir waktu maghrib, khemah Tempat Menunggu yang disediakan makin penuh dibanjiri oleh keluarga dan sahabat handai jemaah2 haji yang akan bertolak ke Tanah Suci. Ketika itu juga masih terdapat jemaah2 yang berjalan memasuki kawasan Kompleks berkenaan, mungkin mereka adalah di kalangan orang tempatan yakni yang tinggal berdekatan Kelana Jaya.


Khemah tempat menunggu telah dibanjiri keluarga jemaah2 haji


Jemaah haji yang baru tiba di perkarangan kompleks


Tepat pada jam 9.30malam, kami sekeluarga mula bergerak untuk menghantar ummi ke dalam Kompleks. Diberitahu bahwa kami tidak akan berjumpa jemaah haji lagi setelah menghantar mereka ke dalam bangunan itu, jadi dalam kesempatan itu kami adik beradik mengambil gambar bersama ummi sebelum berpisah..

Kami adik beradik bergambar dengan ummi


Kami sempat bersalaman dan berpeluk dengan ummi sebelum ummi meninggalkan kami selama sebulan di Malaysia ini. Air mata kami mengiringi pemergian ummi ke tanah suci.. Di harap Ummi dapat melakukan ibadah dengan tenang disana..amin.

Ummi berjalan meninggalkan kami


Ummi bersama2 dengan jemaah haji yang lain

~we all love u, ummi~

Gambar kanak2 di sekitar Kompleks Tabung Haji yang sempat diambil.


Nak buih?

Apa yang kite nak makan ni kak?

tembak die..!!

Baca Lagi.. >>

Monday, November 16, 2009

Kes Ta'adud Jamaah di Kampus

Demi Islam…..

Ana tak berapa faham dengan isi surat enti tempohari. Wa’ima macamanapun, ana cuba respon sedikit. Bukan nak mencari siapa salah…. Tapi nak menegakkan kebenaran. Ana rasa pendapat enti mendahului pendapat pimpinan enti. Pimpinan enti pun tidak melenting dalam soal Taadud Jamaah.

Entum kata matlamat kita adalah Abdillah dan Khalifah…. Tapi macamana? Khalifah yang macamana? Terus perang seperti HIZBUL TAHRIR? Sehingga menolak sebarang cara lain? Ataupun memilih jalan lain yang sesuai mengikut keadaan yang tidak bersalahan dengan nas Quran, Hadis, IJMAK dan ULAMA’…….

Dan kalaulah khalifah itu dibina hanya dengan memberi kefahaman kepada mad’u , sudah tentu NABI tidak perlu BERHIJRAH. Cukup sahaja berada di MAKKAH menyebarkan dakwah dengan harapan semua orang akan mengikut ISLAM. Tapi ternyata, perlu kepada Negara. Terjadinya HIJRAH dan terbentuknya MADINAH melalui kerja-kerja siasah. Nabi Muhammad s.a.w lah orang pertama yang mengajar ILMU SIASAH kepada kita. POLITIK ISLAM.

Enti cakap pasal Ilmu….. Kefahaman….…. Berlapang dada kerana ukhwahfillah rakan seperjuangan…. Kenapa tidak berlapang dada pada kerjasama urusan dakwah di tempat kita sekarang? Dikala masyarakat kampus dengan seribu masalah, kenapa tidak bekerjasama untuk membanteras paling tidak mengurangkan masalah sosial, kemaksiatan yang makin membarah? Tahalluf siyasi adalah suatu yang patut ditekankan untuk mendapat kebersamaan dalam gerak kerja dakwah.. tidak begitu?

Kita nih sama ingin berdakwah dalam kampus, mengapa kita hendak bertikam lidah untuk merebut mad’u.. masyarakat kampus ada hak untuk mendapatkan ilmu agama daripada siapa sekalipun.. wa’ima tabligh, hizbul tahrir, PKS, dan sebagainya.. Firman Allah “...dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan..”.tidak salah kan??

Ana nak sentuh satu part yang menyatakan bahawa kita sebagai dai’e perlu bergerak secara tersusun.. memang benar statement enti tu. Dalam surah as-Soff pun dah menyatakan perkara tu.. terang dan nyata sekali.. Namun enti nyatakan kita perlu wala’ pada pimpinan kita.. jangan letakkan wala’ sebarangan enti.. wala’ kita hanya pada Allah & Rasul... selagi mana kita yakin pada janji Allah, selagi tu lah kita tidak akan terpesong. Bukan mempercayai dengan erti kata beriman bahawa jemaah itu yang memberi kekuatan atau kudrat kepada kita.. itu tanggapan yang salah sama sekali..

Uslub dakwah kita berbeza? Ana akui statement enti tu betul.. sepanjang 5tahun ana berada di sini begitulah yang ana dapati.. Ana nak timbulkan satu persoalan kat sini .. untuk kita menegur seseorang yang sudah faham tentang Islam malah sudah tahu baik dan buruk sesuatu itu, adakah kita perlu melakukan pendekatan yang sama seperti orang yang tidak tahu? Ana buat satu analogi.. Seorang ustazah bersama dengan tunangnya jalan beriringan sambil berpegangan tangan. Dan kita berada di situ ketika itu, apakah kita hanya membiarkan mereka membuat kemaksiatan tanpa sebarang teguran dan hanya mengharapkan selepas ini kita akan menariknya dalam usrah kita? Atau berjumpa secara personal? Atau mengajaknya ke program2 yang kita akan buat? Persoalan itu ana pulangkan pada enti untuk menjawab... ana rasa enti tahu apa maksud ana. Kami terlampau agresif? Pendekatan kita tidak sama? Kita perlu berhikmah dalam berdakwah? Hikmah dari segi mana yang entum semua inginkan dari pihak kami? Secara membelai dan memberi kasih sayang, begitu?

Bekerja dalam dua syarikat boleh atau tidak???? Kenapa nak ambil contoh melakukan kerja dakwah di sama ertikan dengan bekerja dalam dua syarikat yang berbeza? Ataupun enti nak maksudkan berbeza nahkoda? Kalau berbeza nakhoda, maka tidak boleh. Tapi enti kata MATLAMAT kita sama…. Hm, ana konfius...

Ana meminta maaf jika coretan ini membawa sesuatu yang akan menimbulkan masalah hati pada enti.. bagi pandangan ana yang tidak seberapa ini, enti menjawab segala persoalan drpd mad’u enti tu secara tidak berhikmah seperti mana yang enti canang2kan di dalam surat sebelum ini.. jika kita ini mengaku bahawa kita ini seorang dai’e, tindakan enti itu adalah salah.. enti sudah su’uzhon dengan mad’u enti sendiri.. mengapa enti menyatakan sesuatu yang enti sendiri tidak pasti kebenarannya? Hanya melihat dari segi luaran tapi tidak melihat dari sudut memperjelaskan dakwah islam pada nya... ana tidak pernah sama sekali menyatakan sesuatu yang ana sendiri tidak pasti.. di sini, ana ingin nyatakan ana tidak pernah mengeluarkan sebarang statement yang ana declaire dengannya.. enti pernah tanya mad’u enti tu????

Kenapa enti beria-ia menuduh mad’u enti di approach dengan TIDAK MENGIKUT SYARAK? Sejak bila diklerify jadi mad’u enti ni???? Maknanya bila jadi mad’u entum, takde orang boleh dekat dengan mad’u entum la? Camtu? Ana tahu batas pergaulan. Biarlah muslimat yang memberi dakwah kepada muslimat, kerana itu yang lebih utama bagi mengelakkan fitnah. Tapi dalam masa yang sama, tidak salah dalam dakwah umum. Seperti menegur rakan- sekelas. Takkan bila ada seorang muslimat bertanya pasal Islam, ana tidak boleh memberi sebarang jawapan? Tidakkah begitu? YA. Ana faham maksud enti, tapi dalam hal ilmu, wajib kita menyampaikan…. Tapi dalam hal IKHTILAT, tiada kompromi. Mungkin enti, salah faham... Dan nasihat ana, janganlah bercakap mengikut hati tapi biarlah berlandaskan akal & keimanan..

Maka pada pendapat peribadi ana, Sangat elok lagi baik….. kita duduk semeja berbincang mencari titik persamaan, bukan menuduh barang yang kita tidak tahu mana hujung dan pangkalnya. Kerana ISLAM itu SYUMUL dan Allahlah yang lebih tahu. Selayaknya kita menyerahkan segala-galanya kepadaNya.


Wallahu’alam...

p/s: Surat yang pernah menjadi isu di kampus waktu ana study dulu...

Apakah pandangan anda semua tentang masalah ini? sila tinggalkan komen anda...
Baca Lagi.. >>

Friday, November 13, 2009

5 Perspektif Dalam Melihat & Menilai Wahabbi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2. Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3. Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4. Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5. Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6. Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7. Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8. Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11. Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12. Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13. Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspektif Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14. Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15. Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahami keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.

Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16. Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin. (intaha)

Sumber: Usrah Ibnu Masran Al-Banjari

Baca Lagi.. >>

Wednesday, November 11, 2009

ISLAM agama yang Mulia


Kering airmata mengalir ke muka…
Meninggalkan kesan sahdu hiba…
Merobek jiwa parah luka…
Mencari arah cahaya sinarNya…
Kemana dimana langkah akhirnya…

Dalam puisi kias berbunga…
Diajar dengan mata pena…
Tanpa diduga terhasil citra…
Perjalanan demi perjalanan Dia…
Merungkap rahsia demi rahsia…

Tanah berdiri menjadi manusia…
Dipijak dilangkah jua akhirnya…
Bila puisi akan berbicara…
Dan siapakah pendendangnya…
Akukah? Sedang aku tidak mampu bersuara…
Hanya Dia mampu berkata…

Jasad yang dihias didunia…
Jatuh reput ke tanah jua…
Adakah aku ingat wajah pemberianNya…
Sedangkan aku tiada wajah rupa…
Ya Allah… mengapa wajah aku tidak seperti mereka…
Engkau hias wajah mereka…
Sehingga sempurna kejadiannya…

Hujan memayungi menyelimut hiba…
Memberikan semangat kawal luka…
Aku merayu kepada Maha Pendengar derita…
Berikanlah aku kasih walaupun kain yang hina…
Agar dapat tutup gegendang telinga…
Supaya tidak terasa kesunyian suara…

Hujan berlari menghilang entah kemana…
Digantikan cahaya mengindahkan suasana….
Aku kembali berdiri semula…
Walau tiada apa…
Tetap aku bersyukur…
Kerana aku berdiri didalam agamaNya…
Islam agama yang mulia…
Baca Lagi.. >>

Tuesday, November 10, 2009

Menikmati Pelangi Cinta

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikan kata pendita. Benar, cinta yang lama (setelah usia perkahwinan meningkat) hanya akan bergetar semula bila berpisah.


Perpisahan yang sekali-sekala akan menyuburkan percintaan. Tetapi jangan terlalu lama, justeru jika terlalu lama ia mengundang bahaya kerana ia boleh mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.


Jika sayangkan anak tangan-tangankan, mungkin sayangkan isteri perlu ditinggal-tinggalkan. Dan dalam kehidupan pejuang agama dahulu, kini dan akan datang, perpisahan memang sudah menjadi “mainan”.


Walaupun, mungkin ada yang melihat perpisahan dikalangan suami isteri yang berkahwin itu satu yang memedihkan, tetapi ia sebenarnya baik untuk menyuburkan rasa cinta. Maksud saya bukan berpisah kerana bercerai tetapi berpisah kerana berjauhan oleh sesuatu urusan atau tugasan.


Jangan terus-terusan “berkepit” di rumah. Manusia tidak boleh lari daripada rasa jemu. Oleh itu para suami harus keluar dalam tempoh tertertu dan pada pada waktu-waktu tertentu tanpa rasa berat hati, enggan atau malas. Lebih-lebih lagi atas tujuan dakwah, kebajikan dan membuat kebaikan. Bukankah itu hak Allah atas kita? Janganlah hendaknya kerana terlalu cinta isteri sehingga kita mengabaikan cinta Allah.


Sayidina Abu Bakar pernah mengarahkan anak lelakinya menceraikan isteri yang baru dikahwininya apabila didapati anak lelakinya itu sudah jarang keluar solat berjemaah di masjid sejak berkahwin. Sudah menjadi tradisi para sahabat Rasulullah SAW dan baginda sendiri, keluar daripada kota Madinah sama ada untuk berperang atau berdakwah. Dan tentunya sahaja ini memaksa mereka sering berpisah dengan isteri mereka.


Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana serinya mentari… rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan pelangi yang indah. Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah!


Kalau dahulu, dengan bermusafir ertinya terjadilah perpisahan secara total, kerana pada masa itu tidak ada lagi alat-alat komunikasi seperti hari ini, maka sekarang keadaan sudah berbeza. Sudah banyak alat untuk berhubung walaupun berjauhan lama atau seketika. Jadi, apa salahnya semua alat itu dimanfaatkan untuk “meredakan” rasa rindu yang pasti melanda dengan syarat, perhubungan itu tidak merosakkan atau mengganggu tugasan dan tanggung jawab semasa di perantauan.


Malah kadangkala tempoh berjauhan seperti itu, yakni semasa hati dan emosi sangat lembut sekali, adalah ketika yang paling sesuai dimanfaatkan untuk mendidik isteri (selain anak-anak). Berbicara dari jauh kekadang lebih mendekatkan. Benar sekali kata pepatah, “jauh-jauh berbau bunga.” Ingat, cinta kadangkala menjadi lebih subur dikejauhan berbanding berdekatan.


Di kejauhan kekadang kebaikan, kejelitaan dan kesetiaan isteri kita akan lebih terasa. Bukankah terlalu dekat ada kalanya menjadikan kita buta? Ramai suami yang asyik memarahi isterinya bila bersama, tetapi apabila isterinya itu meninggal dunia, maka dialah yang paling banyak meratap, menangis sayu kerana rindu dan cintakannya.


Apa yang ada sering dilupakan, apa yang tiada sering didamkan. Itulah ungkapan untuk membayangkan sifat manusia ketika berdepan dengan nikmat jasmani dan itulah juga sifatnya bila berdepan dengan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jadi, bila berjauhan ertinya kita “hilang” seketika akan dirinya, maka sudah tentulah ini akan menyerlahkan semula cinta yang selama ini terpendam. Oh, rupanya cinta itu masih ada, malah masih membara dan menyala.


Kalau ada yang bertanya, mengapa ketika berjauhan bukan dia yang dikenang? Sudah hampir sepurnama bermusafir, tetapi wajah isteri yang ditinggalkan tidak juga muncul-muncul dalam ingatan, doa dan kerinduan… Oh, itu petanda kurang baik. Mungkin cinta itu bukan terpendam, tetapi sudah terpadam. Jika ada cinta, pasti ada rindu. Jika ada rindu pasti ada keinginan – ingin bertemu, berbual, bermesra dan sebagainya. Tetapi jika semua itu sudah tidak ada, ah khuatir saya, mungkin cinta itu sudah tidak ada!


Untuk anda saudara ku, mari seketika ku ajak kembara bersama sepucuk surat cinta ini…


Ke ribaan isteriku yang tersayang…Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.


Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.


Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.


Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.


Sayangku,

Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.


Ya Allah…

Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.


"Ya Rahim…

Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”


“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”


“Ya Rabbi…

Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”


Sayang,

Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.


Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.


Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.


Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.


Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.


Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.


Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!


Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.


Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek: “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.” Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

Rujukan: Ustz Pahrol Mohamad Juoi
Baca Lagi.. >>

Adab2 Wanita & Lelaki Muslim

Saya sudah berkahwin dan tugas memerlukan saya bergaul dengan orang ramai, termasuk bukan muhrim. Saya tahu batasan antara wanita dengan lelaki seperti tidak boleh duduk berdua-duaan. Apakah adab lain yang perlu diamalkan oleh wanita dan lelaki Muslim .

Hamba Allah,

Putrajaya.


Hukum bekerja bagi perempuan adalah harus. Namun, kita perlu merujuk penjelasan syarak dalam kebenaran itu. Sayyid Qut membuat ulasan berkaitan pertemuan Nabi Musa AS dengan dua anak perempuan hamba yang salih di Madyan. Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib AS. Lihat firman Allah dalam ayat 23 surah al-Qasas bermaksud: "Dan ketika dia sampai di telaga negeri Madyan, didapati di situ sekumpulan lelaki memberi minum (ternakan) dan di sebelah mereka dua perempuan yang menahan kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing) sehingga pengembala itu membawa ternakan masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua.


Musa memberi minum kepada binatang ternakan mereka, kemudian dia ke tempat teduh lalu berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki yang Engkau berikan." Kemudian seorang daripada dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan tersipu-sipu sambil berkata: "Bapaku menjemputmu untuk membalas budi memberi minum ternakan kami."


Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Dia terpaksa keluar mencari rezeki seperti dinyataka 'ayah kami sudah terlalu tua.'


Perkara kedua ialah jangan ada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat menerusi ayat: "Kami tidak memberi minum (kambing) sehingga pengembala itu membawa balik binatang ternakan masing-masing" dan syarat ketiga walaupun keluar. ia masih menjaga adab seorang Muslimah. Ini jelas dalam ayat: "Kemudian seorang daripada dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu. " Wanita bekerja wajib menjaga maruah agar tidak menjadi wanita murahan, mudah bergelak ketawa dengan rakan sekerja lelaki. Jangan mudah menawarkan diri berdua-duaan makan tengah hari.


Wanita beriman perlu memelihara diri daripada menjadi alat hiburan lelaki liar. Firman Allah SWT dalam ayat 31 surah an-Nur bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala; dan jangan memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami atau bapa atau bapa mentua atau anak mereka, atau anak tiri, atau saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentak kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah SWT, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Merujuk soalan kedua, lazimnya masyarakat Melayu menggunakan perkataan muhrim untuk merujuk golongan haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat ialah mahram. Muhrim dalam bahasa Arab bermaksud orang berihram. Ajnabiula ialah lelaki asing bukan mahram, contohnya jiran atau rakan sepejabat. Ajnabiyyah pula ialah perempuan bukan mahram. Inti pati larangan kepada lelaki dan perempuan ialah jangan berdua-duaan dalam suasana mencurigakan. Hadis Nabi SAW menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan jadi yang ketiga.


Lelaki juga diharamkan bermusafir bersama wanita bukan mahram dan menceritakan masalah peribadi kepada wanita ajnabiyyah. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat memelihara hubungan ini demi kepentingan nasab. Amat benar kata ulama seperti Ibnul Qayyim iaitu pensyariatan undang-undang Islam demi keadilan dan kebaikan mutlak. Justeru, menegakkannya menyebabkan kehidupan teratur dan selamat daripada persengketaan.


~Persoalan agama bersama Ustaz Zahazam Mohamed~
Baca Lagi.. >>

Monday, November 9, 2009

Payahnya Atap nak menjadi Tiang, Tiang nak menjadi Dinding

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.

Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini.

Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,”
rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.

Baca Lagi.. >>

Senarai Barangan Yang Tidak Halal

Babi atau khinzir sudah jelas haramnya perhatian kepada semua umat islam. Risalah ini diedarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya KL, Persatuan Pengguna Malaysia , Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia.

Kajian telah dibuat oleh Mahasiswa UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )

2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )

3. Ajinomoto ( Thailand )

4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas

5. Semua tauhu buatan Orang Cina

6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand

7. Sabun FAB berbuku

8. Lobak Jeruk

9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)

10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi

2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina

3. Daging Burger Import

4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina

5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'

6. Berus Gigi Jenis ' Reach'

7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam

8. Semua sabun mandi yang diimport

9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL

10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam

11. Have Pearl Cream


12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald

13. Ubat Kurap buatan Org Cina

14.. Beehon Segera Siam

15. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum

2. Dairy Milk Coklat

3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum

4. Sugus Strawberry


5. Passer Doily Mixture

6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint

7. Scothes Vikmin

8. Share Extra Atrenght

9. Black Current Jelly

10.. Royal Gulaman & Decart Oranges

11. Valvis Gelatin

12. Sarung Kapsul Ubat

13. Ais Krim dalam bekas plastik

14. Gula-gula Fruities

15. Cake Mets Vilber Punch

16. Coklat Cake

17.Tepung Kastard Lady's Choice

18. Semua jenis Jelly


19. Semua jenis gincu bibir

20. Keseluruhan Jenis Sheisedo

21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. Barangan avon keseluruhannya

2. Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord

3. Minyak rambut brylcream ( hijau )

4. Racun serangga jenis spray seperti sheltox, baygon & mortin

5. Seluruh ubat batuk jenis sirap

6. Keseluruhan ball pen dakwat kering

7. Tonik bayi grape water, tonik waterberry compound

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA..

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know........ . I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

......TOP URGENT......
... PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS....

p/s: kepada sahabat2 ku sekalian, ingatlah apa yang kita makan akan memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan kita. Kita semakin malas untuk membuat ibadat, malah doa kita juga tak termakbul. Mesej ini bukan berniat untuk menjatuhkan mana2 pihak, tetapi memikirkan tentang kemaslahatan umat Islam pada masa kini.
Baca Lagi.. >>

Sunday, November 8, 2009

Adakah muslimat kita akan mencapai tahap ini?

Gambar yang disertakan ini merupakan gambaran muslimat Iran, dimana mereka tetap menjaga aurat mereka walau apa keadaan sekalipun.. Sungguh kagum ana melihat semangat mereka dalam menjaga kewajipan yang seharusnya diambil berat oleh setiap insan yang bergelar wanita. Kalau dibandingkan dengan apa yang ana lihat sepanjang pemerhatian ana, wanita2 di Malaysia semakin hari semakin jauh dengan Islam.. apatah lagi dalam menjaga kewajipan menutup aurat. Walaupun begitu, adalah juga sebahagian yang ana cukup bangga dengan penampilan mereka.. mereka tetap dengan pakaian muslimahnya, namun persoalannya adakah itu sudah cukup?

Lihatlah bagaimana keadaan wanita2 islam diluar sana.. bandingkan dengan diri anda?


p/s: niat penulis hanya untuk menaikkan semangat wanita di Malaysia dalam mempertahankan aurat mereka.. tiada niat lain.
Baca Lagi.. >>

Family Day AIPI Zon Timur

Pada hari Sabtu bersamaan 7 november 2009, AIPI zon timur telah mengadakan Hari Keluarga AIPI Zon Timur di Pantai Balok, Kuantan. Seramai 11orang ahli telah menghadiri program ini dimana ahli AIPI daripada negeri terengganu dan pahang sahaja yang dapat bersama2 dalam program ini. Alhamdulillah, walaupun bilangan ahli yang sedikit namun program yang dijalankan amat meriah serta berjalan dengan lancar.

Dibawah adalah rentetan perjalanan ana sepanjang menghadiri program ini.


Ana dan hakim bertolak dari Dungun ke tempat program. Sampai di Kemaman, kami menjemput Abg Saiful di rumah sewanya.


Setelah tiba ditempat program kami terpaksa menunggu sahabat2 yang masih belum sampai. (ish3x.. orang jauh sampai dulu, ape nak jadi la)


muslimin menunjukkan kepakaran dalam membuat air minuman


Program bermula dengan ucapan aluan, sesi ta'ruf dan tazkirah daripada Che Wang


berehat sebentar untuk jamuan sebelum memulakan aktiviti permainan yang bermotifkan ukhuwwah iaitu sambutlah teman & jalan seiringan.


Sesi pertandingan teka lagu yang dipengerusikan oleh pasangan suami isteri, Che Wang & Kak Wahida

Dalam sibuk2 sempat lagi dia ni menunjukkan skill menangkap gambar


Masing2 sudah penat ber'riadah', jadi ambil masa untuk rehat & solat Zohor


Program sudah tamat pada jam 230ptg, maka masa untuk mengemas & membersihkan kawasan persekitaran


Sebelum berpisah, kami sempat makan tengah hari bersama-sama di Restoran Sea Food, sekitar Pantai Balok itu

p/s: kepada sahabat2 yang tidak dapat turut serta diharap untuk program2 yang mendatang entum semua dapat menghadirkan diri. Semoga ukhuwwah diantara kita berkekalan...
Baca Lagi.. >>

Khutbah Jumaat: Musuh Dalami Islam Untuk Menentangnya

Khutbah Jumaat oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Marilah kita menyedari bahawa antara sebab tersebarnya kemungkaran, jenayah serta maksiat adalah memandang ringan dalam perkara agama Islam. Allah telah memberi amaran dalam al-Quran (maksudnya):

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)".
(at-Taubah: 122)


Ini menunjukkan bahawa memahami ajaran agama Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. Wajib ke atas setiap umat Islam memahami perkara dasar dalam agama Islam. Mereka juga perlu mengetahui perkara Islam serta apa yang boleh membatalkan iman serta Islam. Juga dalam perkara ibadat agar ibadat yang dijalankan itu diterima Allah, bukannya melakukan ibadat secara jahil.

Perkara ini adalah menjadi fardu ain ke atas umat Islam mempercayainya. Manakala dalam perkara fardu kifayah adalah hendaklah ada umat Islam yang memahami perkara agama secara mendalam supaya rujukan dalam perkara agama oleh masyarakat. Perkara ini termasuk dalam soal menjaga agama kerana agama adalah perkara yang lebih penting dalam hal-hal yang lain dalam kehidupan.

Ahli ilmu sosiologi berpendapat bahawa rukun kehidupan manusia itu adalah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah diri dan keturunan serta memelihara harta benda. Semua perkara itu adalah wajib dan menjadi rukun dalam kehidupan manusia, tetapi memelihara agama adalah perkara yang pertama, kerana agamalah yang menentukan baik buruknya kita dalam kehidupan ini.

Tanggungjawab memelihara agama adalah tanggungjawab yang menyeluruh. Iaitu kepada semua termasuk diri sendiri, pemimpin masyarakat dan pemimpim negara. Seluruh pihak perlu menjaga agama agar seluruh kehidupan ini tidak boleh dipisahkan daripada agama.

Imam al-Ghazali telah menyebut dengan tegas (maksudnya) agama itu asas bagi kehidupan manusia, manakala kekuasaan atau pemerintah merupakan pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh manakala jika tiada pengawas maka sia-sia.

Hari ini agama diperkecilkan, dipandang ringan serta dikira sebagai remeh-temeh. Maka kehidupan manusia menjadi runtuh dan musnah. Ramai di kalangan anggota masyarakat tenggelam di dalam kemungkaran dan maksiat.

Pada masa yang sama apabila orang-orang yang memerintah tidak berasaskan kepada agama, maka pemerintahan menjadi sia-sia. Pemerintah tidak boleh menjadi pengawas dalam kehidupan manusia sebaliknya lebih ramai menjadi pengkhianat dan merosakkan masyarakat.

Itulah padahnya apabila kita memperkecilkan urusan agama Islam, yang memberi kemuliaan kepada umat Islam ialah ajaran agama Islam. Islam telah memuliakan bangsa Arab yang buta huruf. Setelah mereka menganut Islam, mereka dapat memimpin dunia. Banyak bangsa-bangsa dalam dunia yang menganut ajaran Islam serta berpegang dengan Islam menjadi bangsa yang kuat serta mempimpim umat Islam.

Digantikan kaum lain

Allah SWT menjadikan pemimpin umat Islam silih berganti di kalangan bangsa yang menganut Islam dan kuat berpengang dengan agama Islam. Firman Allah SWT (maksudnya):

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(At-Taubah: 39)

Allah SWT meyeksa umat Islam dengan adanya bangsa dan kumpulan yang lain yang menganut agama Islam dan mempelajari agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam. Setelah bangsa Arab lemah dalam pengangannya dalam agama Islam Allah SWT menggantikan dengan bangsa Kurdis kemudiannya Tukri. Begitulah seterusnya.

Percayalah bahawa al-Quran adalah petunjuk dan mukjizat yang berterusan sehingga kiamat. Kedudukan agama Islam ini diketahui dan dikaji oleh musuh-musuh Islam yang membuat perancangan untuk menentangnya dan bukan untuk beriman. Seorang Perdana Menteri British menyatakan bahawa selagi orang Islam berpegang dengan kitab ini iaitu al-Quran selama itulah kuasa-kuasa Barat tidak boleh menguasai dan merendah-rendahkan orang Islam.

Malah mereka berusaha supaya orang Islam meninggalkan agama mereka. Walaupun tidak beriman dengan agama Islam tetapi sekurang-kurangnya tidak beramal dengan ajaran agama mereka. Oleh kerana itu agenda dan perancangan untuk menjauhkan orang Islam daripada agama berlaku sehingga kini. Termasuk dalam program globalisasi yang dilakukan oleh Barat yang menganggap umat Islam sebagai pencabar dan penghalang, mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan perancangan untuk mengurangkan sekolah-sekolah agama, mengawal ajaran Islam, khutbah Jumaat, kuliah agama di masjid adalah antara agenda penjajah musuh-musuh Islam. Semua ini dilakukan oleh penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam yang dilahirkan di kalangan umat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.(maksudnya) : Akan ada penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam, barang siapa yang mengikutnya, maka dia akan dicampak sama ke neraka jahanam. Apabila Huzaifah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. supaya menjelaskan siapa mereka. Rasulullah s.a.w. menyatakan mereka adalah daripada golongan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.

Oleh kerana itu wajib kita mempertahankan agama Islam walaupun dalam keadaan kita mencari kehidupan di dunia ini, kerana yang memandu kepada kemajuan dunia adalah agama Islam. Kemajuan yang tidak berpandukan kepada al-Quran hanya akan menjadi sebagai jalan dan lebuh raya untuk menuju ke neraka jahanam.

Firman Allah (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
(At-Tahrim: 6)
Baca Lagi.. >>

Friday, November 6, 2009

Erti Pernikahan

Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adalah merupakan fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)

Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan.

Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai. Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;

Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Segala batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dari segi pandangan, sentuhan, mahupun pendengaran, diangkat melalui pernikahan. Namun, erti pernikahan yang sebenar tidaklah sekecil itu.

Pada hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dalam melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibubapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:

“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga.

Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab. Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat?

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan.

Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:

“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!



p/s: cerita tentang pernikahan ramai sahabat2 yang ku kenali akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.. hati ini berdegup kencang, otak mula berfikir.. bilakah waktu ku tiba?
Baca Lagi.. >>

Thursday, November 5, 2009

Dipotong tangan kerana Memberi Sedeqah




Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin. Apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu keberkatan dan seribu kerahmatan."

p/s: Marilah kita mengamalkan budaya sedeqah dalam kehidupan kita...
Baca Lagi.. >>

Tips Menjadi Suami Mithali

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


p/s: ana nih bukanlah orang yang layak menceritakan berkenaan perkara ini.. namun apa yang dinyatakan ini bolehlah diambil sebagai panduan semua lelaki diluar sana.. moga kalian dapat membina keluarga yang harmoni mengikut sulaman islam..
Baca Lagi.. >>

Thursday, October 22, 2009

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT)

Seluruh pemuda-pemuda Islam yang bernaung di bawah Negeri Darul Iman dijemput hadir untuk sama2 memeriahkan perjumpaan 10,000 pemuda ini. Perjumpaan diadakan di Dataran Tok Guru, Kemaman bermula 29oct ini. Banyak acara-acara menarik yang disediakan untuk anda semua. Mari pakat2 gi.. konfem tak rugi. orang mude geng kite!!!
Baca Lagi.. >>

Tuesday, October 20, 2009

Antara Sabar dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya: "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya: "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"


Wanita itu menjawab: "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya: "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"


Jawab adiknya: "Baiklah kalau begitu ?"


Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


Lalu Abul Hassan bertanya: "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"


Wanita itu menjawab: "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:


"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda:


"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."


Dan sabdanya pula:

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Baca Lagi.. >>

Monday, October 19, 2009

Sinopsis Drama Nur Kasih


Episode 1
Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam. Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.


Episode 2

Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya. Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid. Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali.Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur Amina sebagai isteri kepada Adam.


Episode 3

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan. Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.


Episode 4
Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur. Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai “lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya meninggal dunia.


Episode 5

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur, Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.

Episode 6
Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.


Episode 7

Nur tidak
pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Episode 8

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.


Episode 9

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.


Episode 10

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.


Episode 11

Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang. Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.


Episode 12

Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam. Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur, Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.


Episode 13

Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL. Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri meninggalkan Adam.


Episode 14

Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia. Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam. Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur, sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.


Episode 15
Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis. Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.


Episode 16

Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia menamatkan suratnya dengan sebuah doa.


Episode 17

Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, tapi Nur kata dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Episode 18

Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak diundang..Katrina.

Episode 19

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.


Episode 20
Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.


Episode 21

Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..


Episode 22

Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya. Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka, Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga. Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum sendiri.


Episode 23

Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang.


Episode 24

6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur, Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal, kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi, sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.


Episode 25

Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu. Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata. Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia. Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.


Episode 26
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.



~ Tamat ~
Baca Lagi.. >>

15 Maksiat yang mengundang Bala


Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.


Baca Lagi.. >>

Sunday, October 18, 2009

2 program, 1 hari

Pada 17hb Oktober kelmarin, terdapat 2 program yang terpaksa ana hadiri. Walaupun pada mulanya hati ini ingin memilih salah satu program, namun setelah memikirkan baik buruknya, ana memilih kedua-duanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. program yang dimaksudkan ialah;
1) Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009
2) Majlis rumah terbuka keluarga ana

Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009

Program yang besar ini diadakan di perkarangan KudQi, Kubang Lembek. Perjalanan ke destinasi program amat dahsyat(sesak), ana terpaksa mencelah2 di antara kenderaan yang ada di atas jalan raya ketika itu. Ana pasti kenderaan2 ketika itu juga mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk ke ijtima'.


Setibanya ana ke destinasi, limpahan pengunjung dari seluruh pelusuk negeri terengganu berada disitu. walaupun keadaan sesak, hati tidak terasa kerana terlampau gembira dapat turut serta dalam berijtima'. Setelah memarkir kereta, ana mendaftarkan diri di kaunter kawasan dungun. Sebelum masuk ke ruang utama, ana sempat beramah mesra dengan pengunjung2 yang ada berdekatan dengan ana ketika itu (hurm, buleh jadi YB nih..hihi)..

Beberapa minit kemudian pengunjung2 dipanggil untuk memenuhi ruang duduk dalam perkarangan ijtima'.. ana memilih tempat di bahagian kanan dalam bangunan, alhamdulillah bertemu dgn sahabat yang ana kenal, Ustaz Mizan(JPM), Naqib ana dan seorang sahabat ana yang belajar di Yaman. Kami sempat berbual2 sebelum program bermula.


Program bermula setelah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang tiba di perkarangan masuk ruang ijtima'. Program dimulakan dengan kawad kaki oleh wakil Unit Amal dan Nisa' Negeri.


Selepas itu, kami di hidangkan lagi dengan persembahan warisan turun temurun iaitu Silat oleh wakil pemuda dari Hulu Terengganu.


Setelah para pimpinan naik ke ruang pentas utama, Pengerusi Majlis terus memulakan majlis dengan kata2 aluan dan seterusnya menjemput saudara Ustaz Abd Halim bin Zakaria untuk mengalunkan bacaan ayat suci al-quran. Ustaz Satiful Bahri selaku Pengarah program ijtima' mengambil alih pentas setelah bacaan al-quran tamat. Selepas ucapan dari pengarah, Ustaz Harun Taib pula melaungkan kata2 semangat beliau kepada pengunjung.

Slot yang ditunggu telah tiba dimana ucaptama oleh Tuan Presiden yang bertemakan "berubah untuk kemenangan Islam".. Banyak input dan peringatan yang diberikan oleh Tuan Presiden kepada pejuang2 islam yang hadir.

Selepas Tuan Presiden berucap, majlis diteruskan lagi dengan Pengerusi Majlis menjemput sekali lagi Tuan Presiden untuk merasmikan pelancaran sistem maklumat PAS untuk memudahkan semua ahli jemaah. Sistem maklumat yang dimaksudkan ialah;
1) sistem baitulmuslim online
2) sistem perantau online
3) sistem memperkasakan parti online
4) sistem daftar keahlian online

Sebelum jamuan, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah keahlian & daftar pemilih yang paling ramai. Tempat ketiga dianugerahkan kepada Kawasan Kemaman, seterusnya tempat kedua Kawasan Dungun & Kuala Nerus, serta tempat pertama kepada Kawasan Marang.


Ijtima' berehat seketika untuk jamuan ringan dan waktu itulah ana beransur meninggalkan majlis kerana terpaksa menghadirkan diri di rumah ana sendiri. Ana memecut kereta dan tiba di rumah tepat pada jam 2petang.






Majlis Rumah terbuka & Doa Selamat


Pada jam 2.30 petang kelibat tetamu dan jiran telah kelihatan di halaman rumah ana. ana dan adik ana menjadi penyambut tetamu.. ramai juga yang hadir terutamanya cikgu2 sekolah ummi dan kawan seusrahnya. jiran2 yang berkelapangan juga turut sama menghadirkan diri dalam majlis ini, alhamdulillah..

gambar sekitar jamuan raya


gambar diatas menunjukkan suasana jamuan raya di rumah ana.. gambar seorang kanak2 tu pula saje2 diletakkan, comel kan? kecik2 pun dah pandai bergaya..

Majlis rumah terbuka berakhir pada jam 6.15ptg, iaitu setelah semua tetamu beredar.. kami sekeluarga berehat sebentar sementara mengumpul semula kekuatan bagi mengemas rumah untuk sambungan majlis solat hajat & doa selamat.

Hampir masuk waktu maghrib ana bersiap ke masjid untuk menjemput jemaah masjid ke rumah.. kebetulan pula pada malam itu, terdapat 3 buah majlis terpaksa jemaah masjid hadiri. Maka jemaah terpaksa dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.. walaupun begitu, hampir 20 orang juga ahli jemaah yang hadir ke rumah ana. syukur, alhamdulillah..


Hampir jam 9.30 malam semua ahli jemaah masjid sudah beredar pulang ke rumah masing2. Kini, tibalah masanya untuk mengemas rumah dan membahagikan lebihan nasi dan lauk untuk jiran2 yang membantu pada malam itu.. tepat 12.00 malam semuanya selesai.. 12.30 malam lampu mula dipadamkan.. mata mula mengantuk dan ZZzzzzzz.......
Baca Lagi.. >>